Posts

40 Joy

Image
 Hari ini aku publish beberapa kerja yang aku simpan beberapa hari yang lalu. Idea dari beberapa rupa asas yang digabungkan dan dikurangkan. Idea 1 Idea 2 Idea 3 Idea 4

39 Santai

Image
Bangun pagi, selepas sarapan terus buka laptop dan terus bermain dengan Affinity Designer. Terhasillah karya ini.  

38 Tidak Perlu Pemain Import

Image
 Ha ha .... Liga Super 2022 belum lagibermula, semua pasukan yang bertanding sibuk membuat persiapan.  Aku kartunkan perlbagai isu yang timbul.

Sombong

Image
  Hai, Aku terbaca ayat ini dalam satu berita di suratkhabar perdana Malaysia. Aku kartunkan secara simple. Kita perkembangan selanjutnya. Kita lihat keputusannya nanti.

37 Sarapan

Image
 Sudah bersarapan ?  Aku harap korang dah mula bekerja hari ini. Aku nak bagi clip art percuma tapi tak tahu nak letak di mana. Clip art ni aku bikin sendiri. Clip art hitam putih tema hidupan laut. Kalau korang seorang guru, boleh lah menggunakan clip art ini sebagai alat bantuan mengajar.   Ini linknya; https://drive.google.com/drive/folders/1FiyYJN6lZwFeOT_K4V1jkPTM-fy6Tj3F Aku akan tambah bahan ni mengikut keadaan.

Task 3 Piala Suzuki Sudah Bermula

Image
  Piala Suzuki sudah bermula. Game pertama - Thailand 2 - 0 Timor Leste Game kedua - Singapura 3 - 0 Myanmar . Anak Fandi Ahmad score dua gol untuk Singapura. Okay, untuk post hari ini aku berjaya menyiapkan  Task 3 untuk course Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass.  Banyak sungguh objek yang nak dibuat. Paling leceh nak buat imej rumput dan pokok di belakang tu. Banyak menggunakan shape tool yang ada dalam Affinity Designer . Diajar juga trick menggunakan tool tersebut. Memang berbaloi lah dengan nilai RM44 yang dibayar untuk course ini. Penerangan dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Jumpa lagi untuk Task 4.

Task 2 Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass Sudah Siap

Image
  Alhamdulillah, Berjaya menyiapkan Task 2 course  Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass. Dua hari tertangguh kerana berkejaran ke IJN. Hari ini baru ada masa untuk siapkan. Kelabu mata menonton 10 video untuk siapkan task 2 ini. Setiap objek yang dihasilkan dihuraikan secara terperinci. Video dalam Bahasa Inggeris, so aku perlu ulang dengar beberapa kali.  Semakin seronok dengan Affinity Designer . Okay jumpa lagi dalam Task 3.

KL City Juara Piala Malaysia

Image
 Tahniah KL City ! Anda berjaya mencipta kemenangan 2-0 ke atas JDT. Simple je game nya. Separuh pertama anda bertahan. Separuh kedua anda menyerang beberapa kali sahaja dan dalam tempoh 4 minit anda jaringkan 2 gol. Tahniah. Tiga hari lepas, aku beli satu course belajar menggunakan Affinity Designer . Melalui course  Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass   ini aku belajar fungsi tools yang ada dan trick penggunaan AFD ini.  Gambar kat atas adalah task pertama yang aku perlu siapkan. Aku perlu menonton 7 video untuk menyiapkan task ini. Teruja nak tahu trick yang digunakan. Kesemua objek yang dilukis menggunakan shape tools sahaja. Aku akan kongsikan hasil kerja kedua nanti. Sudah 2 bulan blog ini wujud di alam siber.

Tracing Menggunakan Affinity Designer

Image
  Ha ha ha .... hari ini aku cuba tracing menggunakan Affinity Designer . Terkial kial juga sebab aku buat try & error. Selalunya guna AI je. Kali ini nak hijrah ke AFD pulak. Nah, korang lihat sendiri hasilnya. Ada banyak persamaan fungsi tools dalam AF dan AI. Cuma AF tambah baik fungsi dan tambah tool sahaja. Ini pandangan aku yang baru guna x sampai seminggu. Aku tak sempat explore habis lagi. Semasa tracing memang menggunakan banyak layer. Setiap satu shape yang aku buat akan muncul satu layer baru. Aku guna hampir 40 layer .... hampir sama penggunaan PS untuk melukis. Jika ada sedikit line error semasa lukisan dah siap, boleh guna Node Tools untuk baiki line tersebut. Okaylah, setakat tu ada nak cerita.

KL City Ke Final

Image
  Wei............. Hari ini aku melukis menggunakan Affinity Designer. First time guna AFD. Software ni aku beli melalui Boss Sifoo Dot Com. Kebetulan sale Black Friday dan offer 30 %. Harga lebih kurang RM150 je. Aku explorelah pelan pelan sambil bereksperimentasi.