11 Sour

 

As salam, 

Sa wer ....

Dah 11 hari wei .... tak sangka aku boleh melukis secara konsisten untuk 11 hari berturut-turut. Tak pernah aku buat sebelum ni, ha ha....

Sour .

Dalam minda aku hanya ada buah yang 'masam'. Dilema aku adalah , macam mana nak menggambarkan masam. Sour tu masam. Masam tu sour. Sweet and sour tu sedap , tetapi yang ada hanya perkataan sour.

Aku search perkataan 'sour', gambar yang keluar ;


So, aku tetapkan dua elemen : buah yang rasanya masam dan mimik muka orang yang makan buah rasa masam.

Aku pilih buah limau/lemon/lime dan mula melukis dua bentuk potongan buah secara hitam putih. Aku copy 3 kali dan resize ketiga tiganya. Kemudian aku susun pelbagai posisi. Aku gunakan rupa bujur sebagai tapak atau bayang/shadow objek. Aku hasilkan wording SOUR dengan font/huruf ciptaan sendiri. Aku letakkan simbol mimik muka rasa masam pada huruf. Akhir sekali aku tampal je satu mimik muka di bawah huruf R.

Kerja kali ini sama mudahnya seperti aku menghasilkan Suit. Perkara yang sedikit menyulitkan adalah bagaimana idea itu harus dipaparkan dalam bentuk lukisan.



Comments

Popular posts from this blog

16 Compass

29 Patch