Posts

Showing posts from December, 2021

Sombong

Image
  Hai, Aku terbaca ayat ini dalam satu berita di suratkhabar perdana Malaysia. Aku kartunkan secara simple. Kita perkembangan selanjutnya. Kita lihat keputusannya nanti.

37 Sarapan

Image
 Sudah bersarapan ?  Aku harap korang dah mula bekerja hari ini. Aku nak bagi clip art percuma tapi tak tahu nak letak di mana. Clip art ni aku bikin sendiri. Clip art hitam putih tema hidupan laut. Kalau korang seorang guru, boleh lah menggunakan clip art ini sebagai alat bantuan mengajar.   Ini linknya; https://drive.google.com/drive/folders/1FiyYJN6lZwFeOT_K4V1jkPTM-fy6Tj3F Aku akan tambah bahan ni mengikut keadaan.

Task 3 Piala Suzuki Sudah Bermula

Image
  Piala Suzuki sudah bermula. Game pertama - Thailand 2 - 0 Timor Leste Game kedua - Singapura 3 - 0 Myanmar . Anak Fandi Ahmad score dua gol untuk Singapura. Okay, untuk post hari ini aku berjaya menyiapkan  Task 3 untuk course Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass.  Banyak sungguh objek yang nak dibuat. Paling leceh nak buat imej rumput dan pokok di belakang tu. Banyak menggunakan shape tool yang ada dalam Affinity Designer . Diajar juga trick menggunakan tool tersebut. Memang berbaloi lah dengan nilai RM44 yang dibayar untuk course ini. Penerangan dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Jumpa lagi untuk Task 4.

Task 2 Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass Sudah Siap

Image
  Alhamdulillah, Berjaya menyiapkan Task 2 course  Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass. Dua hari tertangguh kerana berkejaran ke IJN. Hari ini baru ada masa untuk siapkan. Kelabu mata menonton 10 video untuk siapkan task 2 ini. Setiap objek yang dihasilkan dihuraikan secara terperinci. Video dalam Bahasa Inggeris, so aku perlu ulang dengar beberapa kali.  Semakin seronok dengan Affinity Designer . Okay jumpa lagi dalam Task 3.

KL City Juara Piala Malaysia

Image
 Tahniah KL City ! Anda berjaya mencipta kemenangan 2-0 ke atas JDT. Simple je game nya. Separuh pertama anda bertahan. Separuh kedua anda menyerang beberapa kali sahaja dan dalam tempoh 4 minit anda jaringkan 2 gol. Tahniah. Tiga hari lepas, aku beli satu course belajar menggunakan Affinity Designer . Melalui course  Modern Flat Design in Affinity Designer Masterclass   ini aku belajar fungsi tools yang ada dan trick penggunaan AFD ini.  Gambar kat atas adalah task pertama yang aku perlu siapkan. Aku perlu menonton 7 video untuk menyiapkan task ini. Teruja nak tahu trick yang digunakan. Kesemua objek yang dilukis menggunakan shape tools sahaja. Aku akan kongsikan hasil kerja kedua nanti. Sudah 2 bulan blog ini wujud di alam siber.