Posts

Showing posts from October, 2021

31 Risk

Image
  Alhamdulillah, berjaya menyiapkan karya ke 31 dengan tajuk Risk.  Tak sangka pulak , aku boleh rajin sebegini. Risk atau risiko adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Apa sahaja tindakan kita pasti ada risiko. Cuma .... bagaimana cara kita menguruskan risiko itu ? Aku rasa happy atas kejayaan menyiapkan 31 task ini.  Idea melukis cara mudah adalah dengan menyertai apa apa event melukis atau memerhatikan idea orang lain kita olah dengan cara kita sendiri. Okay guys jumpa lagi !

30 Slither

Image
  Slither Aku keliru Slither ni apa ? Aku buat carian, jawapannya mengelirukan. Aku anggap je benda ni satu tajuk game. Aku pilih font dan hasilkan karya ni.  Simple je aku buat . 15 minit untuk aku hasilkan. 

29 Patch

Image
 Patch Tampal koyok jika demam. Nak tampal apa jika hati koyak . Itulah idea patch aku . Menjahit hati yang telah koyak. Kekecewaan yang sukar diubati.

28 Crispy

Image
  Adoi ! Crispy ni sukar aku nak gambarkan.   Akhirnya aku bayangkan kerepek kentang dan aku hasilkan seperti imej di atas. Jenuh juga nak menterjemahkan idea krispi ni.

27 Spark

Image
 Spark

26 Connect

Image
  Connect Bercantum atau berhubung atau berkaitan. Definisi idea aku seperti imej di atas.

25 Splat

Image
  Splat . Aku melihatnya sebagai percikan.

24 Extinct

Image
  Extinct aku nilaikan sebagai pupus. Kalau korang tengok imej tu , korang faham la maksud pupus mengikut budaya kita. Aku tambah dengan khat tu supaya korang lebih mudah faham maksudnya . Another extinct

23 Leak

Image
  Bocor. Tajuk hari ini, aku definisikan sebagai kebocoran. Apa sahaja boleh bocor. Kebocoran itu boleh berubah mengikut situasi berdasarkan persepsi penerima. Aku gambarkan bunyi atau maklumat yang bocor dengan rupa not muzik. Kemudian bertebaran ke sekeliling alam . Bunyi atau maklumat berubah dalam pelbagai nada yang berbeda mengikut persepsi penerima.   Sama seperti imej di bawah, jika disebarkan pasti berbeda penerimaan setiap individu. Bergantung kepada persepsi anda sebagai supporter atau hater.  Okay , see you later .... Sama atau berbeda dengan Loop ?

22 Open

Image
  Open , makna yang luas. Aku harap korang open minded sikit terhadap post ini. Aku dah rasa letih .... ha ha .

21 Fuzzy

Image
  Mata dah luyu. Asyik menguapje tanda mengantuk. Pandangan dah mula kabur .... so Fuzzy. Aku siapkan juga lukisan dan post ini. Inilah hasil kerja nya.  Apa makna fuzzy (fazi) ni ? Kolau korang tahu maknanya sila komen kat bawah ....

20 Sprout

Image
  Baru aku tahu taugeh ni ada nama orang putihnya. Sprout .... aku sebut so proud.  Aku buat simple je kali ini sebab tahap kerajinan telah merosot. Esok genap 3 minggu aku berkarya tanpa henti.

19 Loop

Image
  Loop . Aku tak jelas sangat maknanya . Aku guna circuit board je  yang ditambah dengan virus .... Sehingga hari ini, tidak ada pengunjung yang datang ke blog ini. 

18 Moon

Image
  Moon Bulan sabit dan waktu malam di kawasan kota. Cahaya lampu bangunan di waktu malam. Aku tambah figura sebagai simbolik manusia yang berusaha/bekerja pada waktu malam untuk mencapai cita cita peribadi.

17 Collide

Image
  Tajuknya Collide . Idea yang muncul adalah pertembungan dua anak panah yang aku ubah menjadi muka naga. Nampak macam muka singa pun ada .... Aaku guna hitam putih je ....

16 Compass

Image
  Compass pada hari ke 16. Kompas mengikut sebutan aku. Aku mendefinisi imej imej ini sebagai tujuan, arah atau destinasi. Idea aku : Lantak lah apa arah yang ada dalam kompas itu , perkara yang berkaitan dengan hidup kita yang lebih penting. Itulah punca aku ubah kedudukan 4 arah mata angin utama dan aku letakkan gambar lain sebagai ganti.... Apa arah yang korang nak pilih tu, terpulanglah kepada diri sendiri. Kalau naik Vessel mesti ada kompas. Aku lukis gambar kompas dengan simbol arah yang berlainan daripada kebiasaan. Korang ada idea lain , sila komen di bawah.

15 Helmet

Image
  Helmet ni topi keselamatan. Zaman moden ni helmet hanya diguna ketika menggunakan kenderaan atau ketika di tempat kerja.  Aku buat carian untuk menjana idea. Cari punya cari, punya cari .... aku terfikir pasal helmet zaman purba. Aku terjumpa helmet zaman pertengahan (Medival). Helmet zaman King Arthur, aku buat perbandingan dengan helmet full face zaman sekarang. Lebih kurang je rupa dan bentuknya. Perkara yang berbeda adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan helmet tersebut.  Helmet zaman Medival berat sebab diperbuat daripada logam dan digunakan ketika perang. Kalau digunakan pada zaman ini mungkin ramai yang mati sebab patah tengkuk .... ha ha.  Aku lukis dua objek ini untuk korang buat perbandingan. Idea melukis yang simple sahaja. Kurang sikit rasa stuck dalam kepala. 15 hari sudah ....

14 Tick

Image
 Genap 2 minggu cabaran Inktober. Selama 2 minggu juga aku berkarya setiap hari. Satu pencapaian luar biasa untuk diri aku. Tajuk hari ini : Tick. Aku buat carian perkataan tick , aku jumpa benda ni : Ticks are parasitic arachnids that are part of the mite superorder Parasitiformes. Aku search imej, aku jumpa yang ni : Popular sungguh dia ni .... Idea aku hari ini menggabungkan cikenit ni dengan tanda tick kat WhatApps. Font tu aku deco guna imej cikenit ni.  Cikenit ini mungkin ada dicelah celah bulu Raven . Ada rasa malas dalam diri aku sekarang. Okay jumpa lagi esok.

13 Roof

Image
  Roof ! Pandangan dari atas menggunakan drone. Paling seronok menghasilkan imej ini. Ideanya pandangan atas di sebuah kawasan yang mempunyai beberapa buah bangunan dan taman.

12 Stuck

Image
  Hai, Hari kedua belas berturut-turut aku berkarya.  Semakin lama semakin mudah pula rasanya untuk berkarya. Tajuk hari ini ialah Stuck. Stuck tu macam mana ? Aku mendefinisinya sebagai terperangkap. Boleh juga membawa maksud terbelenggu atau tersekat. Semasa aku membuat carian di internet tadi, aku dapati banyak imej yang dipaparkan sebagai tersekat. Idea aku kali ini adalah 'terperangkap dalam dunia ketagihan alkohol'. Ketagihan alkohol merupakan satu tabiat buruk yang tidak disukai oleh agama Islam. Banyak kemudaratan yang timbul akibat ketagihan alkohol. Penghasilan karya ini bermula dengan melukis objek figura. Aku cari gambar figura duduk bersila dan tiru. Langkah seterusnya melukis gelas beralkohol. Then aku resize figura tu dan letak dalam gelas. Seterusnya aku lukis ruang berpagar  pada suatu kawasan yang mempunyai satu pintu untuk masuk dan keluar. Kawasan ini mewakili ruang lingkup kehidupan. Setiap masalah ada jalan keluarnya.  Itulah perjalanan idea aku dalam me

11 Sour

Image
  As salam,  Sa wer .... Dah 11 hari wei .... tak sangka aku boleh melukis secara konsisten untuk 11 hari berturut-turut. Tak pernah aku buat sebelum ni, ha ha.... Sour . Dalam minda aku hanya ada buah yang 'masam'. Dilema aku adalah , macam mana nak menggambarkan masam. Sour tu masam. Masam tu sour. Sweet and sour tu sedap , tetapi yang ada hanya perkataan sour. Aku search perkataan ' sour ', gambar yang keluar ; So, aku tetapkan dua elemen : buah yang rasanya masam dan mimik muka orang yang makan buah rasa masam. Aku pilih buah limau/lemon/lime dan mula melukis dua bentuk potongan buah secara hitam putih. Aku copy 3 kali dan resize ketiga tiganya. Kemudian aku susun pelbagai posisi. Aku gunakan rupa bujur sebagai tapak atau bayang/shadow objek. Aku hasilkan wording SOUR dengan font/huruf ciptaan sendiri. Aku letakkan simbol mimik muka rasa masam pada huruf. Akhir sekali aku tampal je satu mimik muka di bawah huruf R. Kerja kali ini sama mudahnya seperti aku menghasilk

10 Pick

Image
  Pick ?  Aku search perkataan Pick di internet. aku jumpa tiga perkara. Pick bermaksud petik atau ambil.  Pick alatan pemetik gitar  Pick alatan yang berfungsi sebagai tukul. Bagaimana aku nak mengadun idea pick ?  aku bermula dengan melukis pick untuk gitar. Kemudian aku terjumpa gambar gitar, aku lukis separuh jer gambar fretboard beserta tali gitar. Langkah seterusnya aku cari gambar tukul dan lukis. Timbul dilema nak letak tukul tu kat mana.... alih sana sini, pusing tonggang langgang. Akhirnya timbul idea untuk kecilkan saiz dan jadikan tukul itu sebagai logo pick. Kemudian aku lakukan sedikit kemasan. Tahap kesukaran yang hampir sama dengan Watch . Siap tugasan pick untuk hari kesepuluh.

9 Pressure

Image
  Sudah hari kesembilan beb ! Tajuk hari ini agak luar biasa. Stress dibuatnya .... apa yang ingin digambarkan dengan Pressure. Aku search je, cari idea untuk melukis pressure. Sukar juga .... Alhamdulillah , akhirnya aku jumpa formula ini. Terus aku salin formula dan hasilkan karya. Hasil idea ini sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Setakat hari ini karya Spirit adalah yang paling lama untuk disiapkan. 

8 Watch

Image
 As salam, Tajuk seterusnya Watch.  Idea karya kali ini berdasarkan maksud perkataan Watch.  Kita melihat dengan mata , Penglihatan jarak jauh menggunakan teropong. Melihat masa atau memantau masa menggunakan jam. Fungsi mata untuk melihat bentuk fizikal secara dekat. Jika objek jauh pasti sukar untuk melihat dengan jelas. Kita perlukan bantuan alatan lain sepeti teropong atau teleskop. Contohnya jika ingin melihat vessel di laut, kita perlukan teropong. Dalam karya ini aku fokuskan kepada dua benda ini.  Watch juga membawa maksud jam tangan. Aku lukis je jam tangan dalam bentuk mudah. Aku ambil masa lebih satu jam untuk menyiapkan kerja ini. Ada kepuasan dalam diri ketika menyiapkan kerja ini. Okay, jumpa lagi.

7 Fan

Image
  Hari ini genap seminggu event Inktober berjalan. Ini karya ketujuh dalam bulan Oktober dengan judul Fan. Berdasarkan ilmu yang ada pada aku, fan adalah kipas . Fan juga adalah peminat. Untuk idea karya kali ini, aku search gambar peminat yang bersorak dan tiru. Aku letak di bahagian bawah. Gambar tiga bulatan di atas tu adalah bilah kipas meja yang aku simplify kan. Aku letak tajuknya di atas. Hitam putih kekal sebagai warna rasmi.

6 Spirit

Image
  Hari ke enam dah ... Tajuknya Spirit.  Apa nak buat dengan spirit ? Termenung memikirkan cara untuk memaparkan Spirit secara fizikal. Nak lukis gambar hantu ke ? Puaka ke ? Nak lukis semangat ke ? Camner nak lukis gambar semangat ? Aaaa.... idea sudah mari . Lebih baik aku lukis perkara yang menyebabkan orang menjadi lebih bersemangat. Ada beberapa perkara yang menyebabkan orang lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. i. Demi orang yang disayangi. ii. Melakukan sesuatu yang diminati atau disukai. iii. Menikmati makanan/minuman yang digemari. So, timbullah idea secawan kopi dan sekeping foto.

5 Raven

Image
 Hai, Mula mula tu aku keliru sikit, apa tu Raven ?. Yang ada dalam minda aku, ahli gusti WWE tu.... namanya Raven. Aku search, aku jumpa .... sejenis burung. Aku cari gambarnya , pilih gambar yang cun dan aku tiru . Nak lukis gambar Raven ni ambil masa satu jam. Kemudian aku ubah suai posisi dan saiz Raven. Taburkan supaya nampak banyak berterbangan. Font yang digunakan adalah rekaan sendiri. Masalah yang timbul ketika menghasilkan idea ni , aku nak buat macam mana dengan burung ni .... Aku search untuk melihat idea menyusun objek utama. Akhirnya , aku buat yang paling simple.

4 Knot

Image
  Hari ini tajuknya Knot . Apa yang aku faham pasal knot ini adalah kelajuan dan simpulan. Kelajuan merujuk kepada kenderaan di laut seperti vessel dan kelajuan di udara. Simpulan pula merujuk kepada ikatan tali. Idea yang aku paparkan adalah dashboard, meter kelajuan dan 2 simpul ikatan. Idea lain yang korang boleh buat adalah mencorak menggunakan simpulan tersebut. Contoh :

3 Vessel

Image
    Hari ketiga tajuknya Vessel. Idea aku : Vessel ni sebuah kapal yang besar di laut. Dilaut ada banyak ikan . Aku gabungkan dua objek ini dalam satu gambar. Garisan putih di belakang kapal ni ialah garisan horizon yang memisahkan laut dan langit. Aku tempek je perkataan di belakang kapal. Satu perkara yang menarik tentang penggunaan warna hitam putih adalah sifat kontra objek utama dalam lukisan. Kita dalam lihat objek dengan jelas. Jika ada kecacatan dalam lukisan juga dapat dilihat dengan jelas. So, berhati hati ketika berkarya. 

2 Suit

Image
  Hari kedua untuk blog ini selepas post Crystal . Tajuk yang aku terima dalam siri Inktober adalah Suit . Nak sebut macam mana ? Sut atau Su-it ? Idea aku : Suit ni adalah pakaian mewah orang kayangan . Harganya mahal dan yang memakainya ialah orang VIP dan selebriti je. Kalau diberi kepada aku untuk memakainya .................., ????  Aku lukis pakaian atasnya sahaja dan aku tabur je bintang sana sini. Dua garisan tu supaya nampak eksklusif dan yang tersiratnya adalah antara dua darjat.... Font yang digunakan adalah lukisan rekaan aku sendiri. Warna masih hitam putih kerana mematuhi peraturan Inktober.  Aku tak join event Inktober , aku guna tajuknya sahaja sebagai idea melukis . Inktober juga ada menyediakan tajuk mingguan untuk tempoh setahun. Korang carilah ye .

1 Cry Stal

Image
  As salam , Aku Pyan . Aku suka melukis. Aku melukis menggunakan apps yang ada di internet. Jika disuruh melukis menggunakan pensel atau pen memang ke laut ........................ Ha ha ! Jika mahu melukis mesti ada idea. Masalah yang sering timbul adalah kekeringan idea.  Idea nak cari kat mana ? Okay aku dedahkan salah satu cara menjana idea melukis yang korang boleh buat. Hari ini 1st October. Pada bulan Oktober ini ada satu event melukis yang popular iaitu Inktober . Korang boleh search kat internet dan cari .... Aku bercerita pasal idea melukis. Kalau korang masih buntu pasal idea melukis, cuba ikuti siri harian event Inktober. Pada hari pertama event ini, tajuknya adalah Crystal . Aku termenung sebentar , apa tu Crystal ? Macam mana nak lukis ? Idea aku : Sekarang ni zaman pandemik, ramai orang sakit, ramai orang menangis sebab kesedihan dan ramai orang masuk hospital. Aku asingkan suku kata Cry dan suku kata Stal. Kemudian timbullah idea airmata yang menitis dan ambulan yang m