12 Stuck

 

Hai,

Hari kedua belas berturut-turut aku berkarya.  Semakin lama semakin mudah pula rasanya untuk berkarya. Tajuk hari ini ialah Stuck.

Stuck tu macam mana ?

Aku mendefinisinya sebagai terperangkap. Boleh juga membawa maksud terbelenggu atau tersekat.

Semasa aku membuat carian di internet tadi, aku dapati banyak imej yang dipaparkan sebagai tersekat.

Idea aku kali ini adalah 'terperangkap dalam dunia ketagihan alkohol'. Ketagihan alkohol merupakan satu tabiat buruk yang tidak disukai oleh agama Islam. Banyak kemudaratan yang timbul akibat ketagihan alkohol.

Penghasilan karya ini bermula dengan melukis objek figura. Aku cari gambar figura duduk bersila dan tiru. Langkah seterusnya melukis gelas beralkohol. Then aku resize figura tu dan letak dalam gelas. Seterusnya aku lukis ruang berpagar  pada suatu kawasan yang mempunyai satu pintu untuk masuk dan keluar. Kawasan ini mewakili ruang lingkup kehidupan. Setiap masalah ada jalan keluarnya. 

Itulah perjalanan idea aku dalam menghasilkan karya Inktober ini.

Okay guys , jumpa lagi esok. 

Comments

Popular posts from this blog

16 Compass

29 Patch