15 Helmet
Helmet ni topi keselamatan. Zaman moden ni helmet hanya diguna ketika menggunakan kenderaan atau ketika di tempat kerja.
Aku buat carian untuk menjana idea. Cari punya cari, punya cari .... aku terfikir pasal helmet zaman purba. Aku terjumpa helmet zaman pertengahan (Medival). Helmet zaman King Arthur, aku buat perbandingan dengan helmet full face zaman sekarang. Lebih kurang je rupa dan bentuknya. Perkara yang berbeda adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan helmet tersebut.
Helmet zaman Medival berat sebab diperbuat daripada logam dan digunakan ketika perang. Kalau digunakan pada zaman ini mungkin ramai yang mati sebab patah tengkuk .... ha ha.
Aku lukis dua objek ini untuk korang buat perbandingan. Idea melukis yang simple sahaja. Kurang sikit rasa stuck dalam kepala.
15 hari sudah ....
Comments
Post a Comment